Cooking Prep - Cara mudah untuk sediakan bawang dan halia kisar
selalunya kalau mak mak yang bekerjaya mesti selalu nak cari cara untuk mudahkan kerja di dapur terutamanya selepas balik kerja...the struggle is real tau...
mana nak layan anak nak 'cucu' sebab masih breastfeed walaupun adelia dah 3 tahun. tanya dia nape nak 'cucu' lagi....dia kata nak mama...alahai la anak...sbb tu la nak mengempeng bila dah balik kerja. Tu tak termasuk dengan kerja yang lain- lain spt contohnya nak masak lauk untuk dinner.
Tapi walaupun macam tu saya cuba la masak walapun kadang-kadang ...jom bah kita makan dinner kat luar hehhehe ..
saya buat research la juga, pergi singgah blog sana sini dan cuba praktikkan apa yang sesuai dan serasi pada saya...bak kata orang try and error. dalam banyak- banyak tu tips ni banyak membantu.
TIPS 1 - Kisar kasar bawang merah, bawang putih dan halia .
Cara- cara:
1) Kopek bawang merah, bawang putih dan halia sebanyak yang kita nak. Kalau saya ,saya selalu buat untuk seminggu.
2) Dah kopek bawang dan halia, kisar kasar bawang ni. Asingkan ikut jenis bawang. Biasanya saya akan gunna chopper je utk kisar bawang/ halia ni.
3) Dah siap masukkan dalam bekas kering yang berasingan. Lepas tu letak minyak dan simpan dalam peti sejuk.
4) Bila nak guna , guna sudu yang bersih dan ambik sebanyak mana kita nak guna...wallahhhh...siap.
Mudahkan...
contoh bekas bawang dan halia kisar saya ;)
Comments
Post a Comment