Lauk Be'asami aka ikan pekasam ala nenek limbang

Biasanya kalau mama datang sini , mama akan buat lauk be'sami ni 😍😍
Walaupun mula-mula husband kata macam pelik je tapi lepas makan, terus kata sedapppppp
Jadinya hari tu belajar la dengan mama macam mana nak buat.

1) Step pertama, beli la apa-apa ikan fresh. Kat pasar pagi mmg best nak pilih ikan...banyakkk pilihannn...murah pun murah......hari tu dapat empat pinggan RM10 . Best kan hehhe. So hari tu kita beli ikan yang ni..x pasti nama ikan ni apa 😓😓...masih kena berguru ni untuk kenal nama ikan apa


2) Step kedua, di bekas lain...letak 2-3 sudu cili kisar, asam keping dan garam. Garam ni , garam halus boleh..garam kasar pun boleh. Lepas tu kacau bagi sebati.


3) Step ketiga, masukkan campuran cili ,asam dan garam tadi dalam perut ikan dan lumurkan kat luar ikan.

4)Step keempat, bila dah siap, boleh la masukkan ikan tadi dalam bekas ke, plastik ke dan masukkan dalam freezer. Macam saya, saya akan masukkan 2-3 ekor dalam setiap plastik macam gambar kat bawah ni. Cukup la untuk sekali makan. Jadi kalau nak makan nanti, boleh ambil satu plastik je dan defrost. dah boleh goreng......


Ni pulak gambar ikan yang dah goreng


Walaupun nampak simple, tapi memang sedappp...boleh buat menambah nasi ni hehehhe 😂😂

Comments

Popular posts from this blog

Loteng @ Attic

Cooking Prep - Cara mudah untuk sediakan bawang dan halia kisar

Pokok Cili dah berbuah