Apa yang perlu anda tahu bila masuk tahun 2020
Nombor 2 tu amat dinantikan. Semoga perlaksanaannya lancar dan semua murid mendapat kemudahan ini sewajarnya.
*1) Kompaun, denda jika merokok di premis makanan
bermula.*
Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang
ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan
*2)
Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah.*
Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah
sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah
sesi petang
*3) RON95
naik 1 atau 2 sen setiap minggu.* Harga di Sabah, Sarawak, Labuan
Kekal. *
Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30
sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal*
*4)
Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan*.
Tiada
saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama bagi
penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint
System atau CRS)
*5)
Pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso*.
Majikan di negara ini
diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja
Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan
Sosial (Perkeso)
*6) Gaji
minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama*.
Kadar gaji minimum
dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57
majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum
kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama
*7)
Sistem cukai petak di Kuala Lumpur*.
Pelaksanaan sistem cukai petak
mulai 1 Jan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik
terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik
pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal
*8)
Cukai perkhidmatan digital 6% dikenakan kepada penyedia perkhidmatan
digital asing*. Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan
digital asing – termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital
*9)
Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan (Tingkatan 4)*.
Pelajar Tingkatan
Empat tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan
sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat
mereka
*10) Rakyat
Sarawak nikmati air percuma*.
Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati
air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan
kira-kira 11,300 liter air percuma, menurut Kementerian Utiliti
*11)
RFID di plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka*.
Pelaksanaan kutipan
tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan
dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi
kenderaan kelas 1
*12)
Suntikan Pneumococcal secara percuma buat semua bayi yang lahir.*
Kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta
sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua
bayi yang lahir
*13)
Larangan penggunaan straw minuman plastik untuk peniaga dan pengusaha
kedai makan*. Larangan penggunaan straw plastik konvensional tidak
membabitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasa kepada peniaga dan
pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan
*14)
Pahang kuat kuasa tulisan jawi di semua premis*.
Tulisan jawi pada
papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang
dikuatkuasakan
*15) Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai*.
Pulau Pangkor dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai kecuali minuman keras
*16)
Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan*.
Kadar tol
untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan
dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00
*17)
Kenaikan elaun RM2 sejam untuk anggota RELA*.
Jabatan Sukarelawan
Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan
jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta
*18)
Program Subisidi Petrol (PSP) bersasar*.
Kerajaan akan menyalurkan
bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap 4
bulan sekali. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan
RM12 sebulan bagi motosikal
*19)
Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso*. Golongan karyawan
merangkumi pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya berpeluang
menikmati manfaat KWSP dan Perkeso bergantung pada gaji dan polisi
insurans mereka
*20) Levi
pelbagai peringkat untuk pekerja asing meliputi semua sektor*.
Pelaksanaan itu mengambil kira aspek integrasi data serta kesediaan
pihak kerajaan dan majikan di bawah sektor formal, khususnya pertanian
dan pembuatan
*21) Hanya
isi rumah bawah RM4,000 layak nikmati air percuma di Selangor*.
Hanya
penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak
menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor
bermula 1 Mac 2020.
Credit to http://www.astroawani.com/topic/2020
Comments
Post a Comment