Do good and good will come to you!!
Selfreminder !! Tak berapa lama lg sekiranya diberi peluang umur panjang akan menjengah usia 40, InsyaAllah. Tenang di penghujung usia 30 an. Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting. Asyik melenting sahaja! Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham. Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah . Kaw kaw punya! Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan. Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun. Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun! Pang!! Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu. Kesihatan. Keluarga. ...

Comments
Post a Comment