Cara mudah balut dan tulis nama di buku sekolah

Hari ni operasi balut semua buku sekolah . Buku teks dan buku aktiviti pun baru dapat minggu lepas , jadi hari ni mmg kena spend time untuk menguruskan buku-buku sekolah ni supaya buku ni masih dalam keadaan baik sehingga la hujung tahun nanti. Bagi sya inilah cara mudah nak balut buku. Inilah hasillnya.....😍😍



Untuk urusan buku ni kita mula dengan balut semua buku dengan pembalut buku. Antara banyak-banyak pembalut buku di pasaran, saya lebih suka yang ni.


Magic Cover Adhesive Book Wrapper

Pembalut ni senang nak guna dan buku akan jadi sangat kemas selepas balut. Dan tak perlu guna pita pelekat. Kejap je dah siap operasi balut buku sbb tak perlu dah nak gunting book wrapper ni ikut saiz buku sbb wrapper ni memang dah ikut saiz buku teks . Book wrapper ni biasanya saya beli di koperasi sekolah semasa beli buku latihan. Kat kedai buku pun ada jual.

Supaya buku tak hilang dan tertukar, saya buat cara mcm ni . Guna masking tape dan lekat kat atas balutan buku sebelah kiri. Lepas tu tulis nama . Macam kat bawah ni. Ni dah masuk tahun ketiga dah buat macam ni, alhamdulillah buku tak hilang dan jarang tertukar dengan murid lain sebab nama dah besar tertulis atas buku. Bila nak pulangkan buku teks ni balik masa hujung tahun nanti, hanya tanggalkan masking tape ni. In sya allah balutan buku pun masih elok lagi dan tak koyak.



 Dan sebagai tambahan, saya akan letak sticker by day kat buku untuk senang nak uruskan buku ikut jadual. Jadi anak pun dah tau kalau isnin subjek apa dan untuk hari seterusnya....so maknya pun happy sbb buku akan diurus sendiri dengan anak dan jimat masa mak mak 😁. Sticker ni boleh beli kat shopee 😍. Boleh click kat sini untuk contoh kat lazada -  Sticker hari pelekat buku jadual


So dah siap.....settle ttg urusan buku sekolah.💪

p/s: maaf jika gambar blur, sbb masa ni mata pun dah nak terlelap sbb nak balut dan urus buku buku yang banyak ni hehhe

Comments

Popular posts from this blog

Loteng @ Attic

Cooking Prep - Cara mudah untuk sediakan bawang dan halia kisar

Pokok Cili dah berbuah