Posts

Showing posts from 2019

Cooking Prep - Cara mudah untuk sediakan bawang dan halia kisar

Image
selalunya kalau mak mak yang bekerjaya mesti selalu nak cari cara untuk mudahkan kerja di dapur  terutamanya selepas balik kerja...the struggle is real tau... mana nak layan anak nak 'cucu' sebab masih breastfeed walaupun adelia dah 3 tahun.  tanya dia nape nak 'cucu' lagi....dia kata nak mama...alahai la anak...sbb tu la nak mengempeng bila dah balik kerja. Tu tak termasuk dengan kerja yang lain- lain spt contohnya nak masak lauk untuk dinner. Tapi walaupun macam tu saya cuba la masak walapun kadang-kadang ...jom bah kita makan dinner kat luar hehhehe  .. saya buat research la juga, pergi singgah blog sana sini dan cuba praktikkan apa yang sesuai dan serasi pada saya...bak kata orang try and error. dalam banyak- banyak tu tips ni banyak membantu. TIPS 1 - Kisar kasar bawang merah, bawang putih dan halia . Cara- cara: 1) Kopek bawang merah, bawang putih dan halia sebanyak yang kita nak. Kalau saya ,saya selalu buat untuk seminggu. 2) Dah kopek b...

Apa yang perlu anda tahu bila masuk tahun 2020

Nombor 2 tu amat dinantikan. Semoga perlaksanaannya lancar dan semua murid mendapat kemudahan ini sewajarnya. *1) Kompaun, denda jika merokok di premis makanan bermula.*  Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan *2) Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah.*  Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang *3) RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu.*  Harga di Sabah, Sarawak, Labuan Kekal. * Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal* *4) Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan*.  Tiada saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama bagi penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Res...

Tudung Sekolah Viral!! Tudung Si Comel

Image
ni dah nak buka sekolah dah....mak mak dah beli tudung sekolah kadang-kadang susah mak mak macam kita ni cari tudung sekolah yang best...yang senang nak basuh, tak renyuk dan selesa untuk anak kita pakai ke sekolah. ni ada tudung sekolah yang saya rasa ok dan selesa untuk dipakai anak-anak kita ke sekolah. Kalau ada yang masih mencari boleh click kat link ni Tudung Sekolah Si Comel atau boleh contact terus saya ye...   macam-macam jenis tudung sekolah 😊 Mudah dan Selesa. Awning Scuba yang mudah dipakai dan dibasuh. Dihasilkan dengan kain Lycra Korea berkualiti membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya; Sejuk, Lembut dan Gebu. Ukuran Khas. Dijahit dengan empat ukuran khas iaitu SS, S, M dan L Ukuran kami adalah ukuran istimewa agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai. Kualiti kain yang baik membuatkan Si Comel gembira memakainya. In shaa Allah. Mudah, Lembut dan Selesa. Anak anda pasti berkata; “Saayangan Ibu“   =) ...

Pokok Cili dah berbuah

Image
Pokok cili dah berbuah...alhamdulillah Kebun cenonet je tepi rumah tapi boleh la petik hasil sikit sikit untuk kegunaan harian. Suka tengok pokok ni dah berbuah . Macam satu pencapaian diri sendiri , pokok yang kita tanam dari biji benih dah ada hasil.Yeayyyyyy!!! Biji benih ni pun beli kat kedai eco je.

till the big day !! blog

Image
Sebab blog yang lama dah bersawang, jadinya buka la balik blog-blog lama....tak sangka post yang paling banyak orang view adalah post proses memohon kebenaran nikah . Boleh rujuk balik kat link ni - proses memohon kebenaran nikah Ni adalah proses pada tahun 2010...dah lama dah...untuk yg terkini maybe kena refer balik kepada jabatan agama negeri masing-masing. Pada masa tu saya hanya berkongsi apa yang saya kena buat untuk kebenaran nikah sbb saya orang sarawak dan suami orang KL. Jadi urusan tu merentas laut cina selatan heheh :). Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dah kahwin dah pun hehhe Jadi saya doakan kepada bakal pengantin semoga semuanya dipermudahkan...in sha allah...amin Pengantin lama 💓💓

WOW its have been a while

Image
This is my 3rd blog..tak sangka dah lama betul tak menulis. My first blog till the big day...:) Ni blog masa tengah prepare nak kahwin 9 tahun lepas. Alhamdulillah dah kahwin pun dan dah ada dua orang anak. Ni pula my second blog mencari dua garis TTC journey for the second one. Alhamdulillah dah lahir pun yang kedua ni. Adelia Sofia namanya :). My precious  untuk blog kali ni...maybe akan banyak ttg cerita budak berdua ni , my family dan apa apa about life!! So will see how it goes. Till then :)